Sep 28, 2004

MeMoRi BerTeMaN

‘Sepucuk surat kutulis, menyatakan harapan, walaupun ku kebimbangan, kau berbeza pandangan, namun kutetap menanti jawapan’ hehe! Bait lirik lagu CUDIPT. Boleh tahan best cite ni sebab aku memang minat cite yang berkisar remaja. Ermm..part paling sadis masa lagu ‘Kau sahabat, Kau teman dari Hijjaz..sedih beno bila scene tu replay telatah ‘arwah’ Fitri ngan Norman. Meleleh gak air mata masa first time tonton citer ni, menjiwai apa yang watak Norman tu rasa.

Sahabat, cite CUDIPT mengungkap hebat memori persahabatan aku bersama rakan-rakan di SMK Munshi Abdullah & SK Durian Tunggal, Melaka. Tentunya banyak kenangan disimpan sementelah aku sendiri membina nama di situ. Alhamdulillah, aku dapat tinggalkan skool dengan jayanya. Rindu sungguh dengan segala kenangan, sahabatku, kantin, perpustakaan (tempat study dan dating..hehe) dan segalanya yang indah. Di situlah aku bermula, menimba ilmu dan mengenal pelbagai perkara. Betullah kata abang..zaman sekolah adalah zaman terindah utk tiap insan.

Tak semua kenangan itu manis. Aku juga menyaksikan kenangan yang agak pahit bila mana Allah lebih kasihkan teman-teman itu. SPM semakin hampir dan tika itu 2 sahabat pergi meninggalkan warga dunia. Tika menunggu keputusan, saat kami berdebar itulah 2 lagi sahabat telah mendahului langkah meninggalkan kehidupan. Detik semakin sedih bilamana sahabat baik ini juga pergi meninggalkan aku dan sahabat lain (waktu aku di matrik) Arwah Izzar yang agak rapat denganku, seorang yang gemar berjenaka dan tersenyum. Aku pasti takkan melupakan dia, senyuman dan kenangan kami. Moga kalian semua dilimpahi maghfirah dan kasih sayang Tuhan, ditempatkan di tempat mereka yang beriman..menangis? Ya..aku rindukan kenangan itu dan sebak ini jua mengingatkan aku tentang detik kematian yang bila-bila saja datang menjengah..

Aku, sahabat dan persahabatan..di situ kami bina kenangan dan kasih. Aku dicipta untuk mengasih tiap insan yang ku gelar sahabat. Mereka terlalu istimewa lantas aku tegar membina lapang pengorbanan atas nama pershabatan ini. Aku bukanlah yang syumul untuk bergelar sahabat sejati kerna aku jua masih lemah. Pintaku pada sahabat agar sering memantau diri ini. Jika aku leka, tegurlah. Jika aku dingin, sapalah. Jika aku terpinga, bantulah aku mendapatkan ketenangan itu. Sungguh, manusia bukan dicipta untuk menghuni kerisauan dan kesepian. Dicipta berpasangan, hidup dalam ummah, menyemarakkan bumi Allah, memegang tanggungjawab bersama dan aku masih memikir cara mana aku dapat mengajak dan terus berusaha menjadi khalifah yang baik, bersama insan yang lainnya.

Bila bersahabat, aku tetapkan agar ada matlamat dalam perjalanan kami. Bersahabat utk capaian sebuah cita-cita. Surah Al Asr mengemudi langkah, mengingatkan tentang etika kasih agar sentiasa berpesanan. Aku masih belum teman terbaik kerna kurang lagi kudrat melaksana apa yang aku ingin dalam persahabatan. Justeru, aku memerlukan sahabat yang sudi menegur utk aku menjadi lebih baik, sama mendapat keberkatan dalam kehidupan dan mengimarahkan perjuangan di sirat ini. Sahabat itu sesiapa saja yang aku kasih..sahabat itulah pemberian Tuhan buat insan yang mahu berfikir di senggang.

No comments: